Wednesday, July 29, 2009

Antara Tempahan Jelly Kelapa dan Program KAPUT





Tanggal 8 dan 9 Ogos KAPUT (Kelab Kembara Putra Tropika) mengadakan XPDC menghayati Ciptaan Ilahi ke Endau Rompin. Terpaksa menolak kemungkinan untuk tidak menerima tempahan Jelly kelapa pada tarikh tersebut.

Namun di saat itu jua lah ada jiran tetangga memerlukan Jelly Kelapa untuk Majlis Kenduri di rumahnya. Antara menolak hajat orang atau melepaskan program KAPUT. Sedangkan inilah masanya untuk kita memuhasabah diri menilai indahnya ciptaan Allah di atas mukabumi ini. Namun demi untuk jiran tempahan masih juga di sanggupi dan Program tetap aku jejaki… Bagaimana cara inshaAllah pasti ada jalanya… Semoga berjaya kedua-duanya.

Tuesday, July 28, 2009

Saya sedia menerima tempahan untuk jelly kelapa untuk sebarang Majlis seperti Majlis Doa Selamat Perkahwinan, Akikah atau sebagainya. Hubungi Azmi di talian 0193798324 untuk pertanyaan dan tempahan. Penghantaran percuma bagi kawasan sekitar Kajang, Bangi dan Nilai