Tuesday, August 18, 2009

Membeli Sambil Menderma Untuk Tabung Surau Al Hijrah

Bersempena dengan kedatangan bulan yg penuh keberkatan ini...sebagaimana

Rasululah SAW telah berpidato dihadapan kami pada hari akhir bulan
Syaaban Baginda berkata : Wahai manusia kamu dinaungi oleh bulan agung
yang penuh keberkatan iaitu bulan yang di dalamnya ada malam yang lebih
baik dari seribu bulan , bulan yang ALLah menjadikan puasanya sebagai
fardhu dan solat tarawikh di malam harinya sebagai sunat. Barangsiapa yang
mengerjakan kebajikan di dalamnya (akan dibalasi) seperti orang yang
mengerjakan fardhu di bulan –bulan yang lain. Manakala orang yang
membuat fardhu (akan dibalasi ) seperti orang yang membuat tujuh puluh
fardhu pada bulan –bulan yang lainnya . Dialah bulan bersabar , balasan
bersabar itu adalah syurga dan bulan berkasih sayang dan bulan yang akan
ditambah rezki orang yang beriman .”
(H.R Ibnu Khuzaimah di dalam kitab sahihnya )

Maka kami mengambil kesempatan untuk membuka ruang untuk sama-sama kita beroleh keredhaan Allah swt dengan mengadakan jualan amal. Dimana setiap RM1.00 yang anda bayar untuk produk jelly Kelapa kami maka 20 sen dari duit anda itu akan kami masukkan ke tabung SURAU AL HIJRAH PUTRA TROPIKA. Anda tidak rugi kerana ianya masih di jual dengan harga yang sama....

No comments:

Post a Comment